09 Julai 2010

Jun 2010

Jun telah berlalu. Banyak perkara yg berlalu. Aku sibuk dgn byk hal.
Awal bulan Jun menjelang dah start sibuk. Apatahlagi adikku selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya,untuk Ila dan Wan.
Semoga dapat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh ketabahan dan moga kasih, sayang dan cinta kamu berdua berkekalan hingga ke akhir hayat kalian.
Insya Allah.

ILa & WAN

Kami berkampung di Kelantan untuk meraikan majlis, lepas tuh terus ke utara plak. Sepupuku kawin dan dapatlah jenguk Alik n Ina kat sana.
Tak lepas peluang dah ada kat Penang, pekenalah Roti Canai Banjir yg masuk kat Warung Kita. Memang Superb .


Roti Canai Best

roti BAKAR bersama Telur Separuh MAsAK

Habis jer majils kami ngan bergaya anggun masing2 berbaju kurung, pi plak daki bukit dengan jayanya..
Fuh Fuh ... habis kudrat kugunakan tapi akak main tekan minyak kereta mendaki bukit ke Durian Kaki pekena plak Durian "UDANG MERAH". MAK OI!!!! SSSSSSSSEEEEDDDDAAAPPPPnye
sampai licin kami kerjakan ..nanti tgk gambar jelah kat bawah... Wah Penang ni memang sesak sentiasa.. nak pi Balik Bukit jalan tersenggok2..keta banyak Q nak ke sana. memang lainlah Balik Pulau ni dari 5 tahun yg lepas. Byk umah tahap2 Juta2Ringgit dibina kat sana... tapi yg tak bestnyer bukit dah digondol buat umah tahap juta2, jalan besar tuh gak tak berubah..

02 Julai 2010

WEEDING AT S'PORE

Hai Hai...
Sorry yek ni cerita bulan Februari. Sepupu kawin kat Jurong. Orang selalu kata klu buat keje kawin mesti macam dah modern style. Tak mainlah lagak cam buat keje kawin orang kampung2
tapi "Excuse Me" kata sepupu kita. Walau dah live at S'pore, masih lagi mengamalkan upacara perkahwinan mengikut adat Melayu. Adat dijunjung teguh ....
Siap ada Pesilat, Kompang, Bunga Manggar, Menepung Tawar,


Inilah dia sepupuku

Rombongan Pengantin Lelaki

Best Tau group Kompang from Johor yg boleh bawa banyak lagu from Celine Dion till Malay Song till Lagu Dangdut..

01 Julai 2010

Jalan-jalan

Kali ini kita balik ke Melaka. Kitaorang stay kat Kings Hotel. boleh tahanlah hotel ini memang dekat main road dari Plaza tol Ayer Keroh. So tak susah nak cari..



Sampai2 jer dah letih so kitaorg rehat dulu. Cuma si kecik jer very exicted asyik nak menjenguk keluar ajak jalan2.

Tengoklah tu tak sabar2



Klu stay kat sini, memang boleh tahan. Food pun sangat sedap n staff are friendly. Wifi free, katil bestlah untuk yg ada family, environment amat tenang even located near to main road.
Cuma at toilet jer, jgn tersalah selak nanti ada yg mandi sambil disaksikan oleh pesakit2 kat hospital nearby coz ada huge windows yg hanya ditutup curtain. So sila berjaga2 masa mandi jgn sampai ada patient kna heart attack tengok u mandi ...ahaks...
Parking space banyak tapi kena guna kupon yg tak berbayar jauh sikit ke belakang, bersecurity guard.