Bila aku teringat akan telatah dan perangai orang ramai terutama akan telatah x-staff ku di tempat kerjaku yg lama..
kebanyakan staf ku lelaki yg perempuan adalah beberapa, byk yg manis dan tak kurang juga yg pahit.. Telatah mereka ada yg mengembirakan dan tak lupa juga yg mencuit hatiku (marah dan benci pun ada)teringat akan itu tergamit plak cerita yg boleh dijadikan iktibar...
Cerita bermula
Mamat ni pandai ,SPM dapat pangkat satu dgn beberapa belas aggregate(time aku ada aggregate lagi)... tapi suka simpan perasaan bongkak, tinggi diri,pendendam,
suka tak puas hati ngan org lain..
Cuma tak berapa berjaya bila dah menjejaki tangga universiti... disebabkan sikap nyer yg tak berpuas hati itu sebenarnya dia kecundang.....
The Begining.....
Before that almost a few years back, nak dijadikan takdir tuhan yang Maha Esa... ibu tercinta Mamat menghidap barah dan progressnyer memang terlalu cepat ... akhirnya si ibu pergi ke Rahmatullah... si bapa pula seorg ahli akademik tertinggi di satu universiti merasakan tanpa seorg insan bernama wanita dia tak dapat meneruskan kehidupan dgn stabilnya..
setelah dipersetujui oleh anak-anak yg lain si bapa pun berkahwin dgn seorg wanita lain yg tak kurang hebatnya begelar Dr... namun Mamat tak setuju... Abg2 Mamat memang suka si bapa mereka berkahwin lagi demi sebuah kehidupan si bapa..
Punyalah tak bersetuju akhirnya si Mamat itu buat byk perkara utk lepaskan diri dari rumah coz tak suka ibu tirinye.. padahal si ibu tiri ini memang nak berbaik dan mencari seorg suami yg boleh dijadikan tempat untuk bermanja dan berkasih sayang seperti si bapa Mamat... kasihan si ibu dijadikan tempat melepaskan kemarahan dan dendam si Mamat tapi dapat bersabar sehingga akhirnya si Mamat dapat tempat di IPTA di KL. Mamat rs lega n bangga dapat kluar dari umah ...konon dapat lepaskan diri n tak perlu tgk muka mak tiri yg dah dianggap musuh ketat...
Tapi di luar dugaan lebih hebat ... Mamat tak dapat control diri , bila belajar di sana tekanan makin hebat ..n Mamat tak dapat mengadu pd keluarga selepas apa yg dibuat pd si bapa n mak tiri.. kemudian dia terjumpa seorg kakak senior yg pada mulanya niat nak tolong si Mamat...untuk menjadikan Mamat berubah ... setelah setiap hari berjumpa mengadu nasib akhirnya membuahkan rasa CINTA... tetapi Cinta itulah membuatkan Mamat makin hanyut dan terlanjur... Bila si kekasih mengandung makin kusut fikiran Mamat.. Sikekasih tiada pilihan lain minta dinikahkan dgn kadar segera.. mereka pun menikah setelah puas Mamat kena belasah ngan keluarga si kekasih.. Mamat merahsiakan hal ini drpd pengetahuan si bapa n ibu tiri.. n Mamat kena berhenti belajar sementalah lagi si kekasih dah habis belajar n hanya menunggu konvo sahaja..
Maka bertukarlah status kehidupan Mamat, dengan umur baru 19 tahun , tak pernah buat kerja apa pun dah kena bekerja menanggung isteri dan anak yg bakal dilahirkan... si isteri kena bersembunyi sebab dah termengandung... Malu pada kawan2 n family so dia lari dari Kl dan menetap di sebuah negeri.
Kena keje plak kat restoran fast food coz dekat ngan umah. memang gaji amat kecil, nasib baik mak & bapa mentua dah boleh terima. sampai masa anak pun lahir. Tuhan menduga lahirlah anak kembar yang sihat. Klu kita mesti happy giler lahirnya anak maka makinlah murahlah rezeki yg Allah beri. Tapi bagi Mamat makin teruklah pressure dia.coz kena keje keras. berkat doa isteri, isteri dah dapat keje cuma kesian kat dia takleh ckp yg dia dah kawin coz Mamat takut malu. Dari naik basikal dah naik motor, Mamat dahpun dapat naik gaji coz keje rajin. tapi Mamat makin lupa diri coz baru jer umur 21 dah makin bertambah kacak, yelah makan minum pakai semua org jaga jadi bermula episod Mamat menjd semakin lupa diri lagi plak isteri dah mampu pakai kereta.
Kini mula pandai cari GF baru, isteri makin terasa hubby tersayang makin jauh. makin lama Mamat semakin hanyut sampai isteri terpaksa bersaing ngan GF dia. Sampai satu masa demi nak memikat kembali hati suami dia rela buka tudung dan berubah imej demi nak compete ngan GF Mamat.
Tiada terduga, si isteri mengandung anak kedua.. TETAPI Mamat tidak mahu anak itu, dan dgn angkuhnya Mamat failkan penceraian konon tak standard umur muda lagi tapi ada anak ramai. Tak ready lagi katanya. Dgn hak yg ada lafaz cerai pun dilafazkan didepan hakim. Mamat dgn gembira berlalu bersama Gf barunya dan tak nak pun peluk cium anak2 yg menangis melihat bapanya pergi meninggalkan mereka dan ibu.
Si isteri tertekan namun berkat ada keluarga yg baik si isteri merelakan diri diceraikan dan sepangjang mengandung itu si Mamat tidak pernah sekalipun menjenguk si isteri. Allah Maha Mengasihani hambanya yg teraniaya kerana si isteri menjalani proses bersalin amat senang sekali dan lahirlah anak perempuan. dan si isteri makin murah rezeki dan sentiasa disokong oleh ahli keluarga.. Ex isteri Mamat akhirnya confirm sebagai pendidik di sebuah sekolah n dia bersyukur dgn kehidupannya yg makin baik . Anak2 dah start sekolah tadika n si baby dah pandai berjalan dan berlari tapi Mamat tak pernah pun tonjolkan diri melihat anak2nya...
Mamat kemudian hilang tanpa berita kerana berhenti keje konon nak jd anggota beruniform. pergi training kat N9. Lama masa berlalu... sampailah baru2 ini..
Mamat dijumpai oleh X isteri Mamat dlm keadaan tidak teurus, naik basikal n mengutip tin2 kosong di tong sampah berhampiran rumah baru dibelinya... Mengalirlah air mata si wanita melihat bekas suaminya dan memanggil Mamat.. Bila Mamat terperasan akan X isteri nya terus dia tergamam dan cepat2 larikan diri..Dgr cerita Mamat tak lepas kursus di N9 kerana terlampau ego dan terlampau yakin diri itu pandai dari org lain dan akhirnya tersungkur di tgh jalan. Mamat menjadi sedikit mereng disebabkan itu dan tiada sesiapa pun yg nak berkawan dgnnya disebabkan ego dan perangainya.semuanya lari menjauhkan diri dan malang sekali keluarga Mamat pun tak tahu Mamat dimana kerana tidak pernah sekalipun Mamat berhubung dgnnya.
Apalah nasib badan bila merasa diri terlampau pandai dari org lain dan ego mengatasi segalanya. Bolehkah kita hidup begitu...?
Menyesal tiada gunanya... Bila kita asyik pentingkan diri.. Pandai belajar juga tidak bererti kita pandai dalam menilai kehidupan kita... pikir-pikirlah.
The End